Selasa, 1 Oktober 2013

SELAMAT DATANG KE MUSOLLA AL-FIRDAUS

Gambak kenangan ketika pemantauan Surau Imarah KPM pada 5 Sept 2013
 Warga Kerja Musolla Al-Firdaus mengalu-alukan kehadiran Ustaz Yazid, Ketua Sektor ( Sektor Pendidikan Islam)  bersama Ustaz Mohd Najib, Ustaz Mahmud, dan Ustaz Abd Ranee ke Musolla Al-Firdaus sempena Lawatan Kunjung Bantu, Anugerah Surau Imarah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013 pada:
  • Tarikh : 2 Okt. 2013
  • Hari    : Rabu
  • Masa  : 9.30 pagi.
       Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Allah jua yang membalas segala kebaikan hambanya. " Musollaku Syurgaku ".

Jumaat, 20 September 2013

SOLAT HAJAT IBUBAPA DAN GURU

Assalamualaikum...buat pembaca budiman. Warga musolla mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibubapa dan guru-guru yang terlibat dengan program solat hajat di Musolla Al-Firdaus ketika berlangsungnya UPSR. Sesungguhnya program ini adalah kesinambungan daripada tahun lepas.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Solat hajat/Solat Duha 
  • Bacaan Yaasin
  • Bacaan Surah Al-Insyirah
  • Zikir-zikir.

Semoga amalan yang kita laksanakan ini akan menjanjikan kejayaan buat anak-anak kita di dunia dan di akhirat. Amin...
   





Sabtu, 24 Ogos 2013

SAMBUTAN MERDEKARAYA

PELANCARAN KEMERDEKAAN
GENERASI PEWARIS BANGSA
      Sambutan Merdekaraya telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan berikut:
  • Tarikh : 23 Ogos 2013
  • Hari    : Jumaat
  • Masa  : 7.20 -12.10 Tgh.
  • Tempat : Dewan Terbuka
  • Sasaran : Semua murid, guru-guru dan warga SKSP.
" SALAM KEMERDEKAAN & SELAMAT HARI RAYA ".
NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK


MARHABAN RAKAN FIRDAUS


BACKDROP PROGRAM
UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH PN. HJH. SABIHAH


     

Sabtu, 17 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA

    Warga Kerja Musolla Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Guru-guru, Staf-staf sokongan, Murid-murid, Ibu-ibu Dan Bapa-bapa murid serta pekerja swasta.
    Maafkan segala keterlanjuran bicara kami.

Isnin, 29 Julai 2013

Majlis Khatam Al-Quran

   Salam Ramadhan Karim....
  Ahli Jawatankuasa musolla mengalu-alukan kehadiran warga SK Seri Pantai ke Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
"Rakan Firdaus" sedang membuat latihan persembahan nasyid 

  • Hari      : Khamis
  • Tarikh   : 1 Ogos 2013
  • Tempat : Dewan Tertutup SK Seri Pantai
  • Masa    : 9.50 - 1.10
  • Sasaran : Warga SK Seri Pantai


Aturcara majlis :

  • Bacaan Doa
  • Ucapan Guru Besar
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Persembahan nasyid
  • Penyampaian hadiah dan sumbangan untuk anak yatim

Rabu, 24 Julai 2013

MAJLIS TA'LIM

        Bermula pada 27 Jun 2013, Musolla Al-Firdaus telah membina satu inovasi pengimarahan musolla iaitu dengan menterjemahkan Majlis Ta'lim untuk guru-guru dan staf SK Seri Pantai selepas solat Zohor berjemaah. Sebelum ini Majlis Ta'lim di buat pada hari Khamis dan kini telah ditukar pada hari Selasa iaitu hari di mana guru-guru terlibat dengan mesyuarat sekolah.
   Antara pengisian program ialah:

  • Solat Zohor Berjemaah
  • Tahlil Ringkad Dan Doa Selepas Sembahyang
  • Majlis Ta'lim oleh guru-guru lelaki mengikut jadual yang disediakan
  • Bersalam-salaman dan bersurai

     Warga musolla mengharapkan agar majlis ini mendapat keberkatan Allah. Amin...



Ahad, 14 Julai 2013

AKTIVITI USRAH


                    Dalam kesibukkan menjalankan aktiviti sempena Ihya' Ramadhan, aktiviti usrah tetap diteruskan. Ia bertujuan memupuk nilai-nilai kerohanian dalam diri murid-murid dan mendekatkan diri kepada Allah disamping dapat melahirkan nilai kekeluargaan yang sangat rapat antara guru dengan murid.


        Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Jumaat Minggu Kedua jam 12.10 hingga 12.30. Ia melibatkan murid tahun 5 dan 6 yang tinggal berhampiran dengan sekolah atau kepada sesiapa sahaja yang berminat. Walaupun bilangan ahli usrah kami tidak ramai, namun ia memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid ini. Di sini murid-murid lebih terbuka untuk bercerita dengan naqimah mereka yang terdiri daripada ustazah-ustazah SK Seri Pantai.
        Harapan kami warga Musolla agar ramai lagi yang berminat untuk    mengikuti aktiviti ini.