Jumaat, 24 April 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KE MUSOLLA AL-FIRDAUS

SM SAINS SULTAN ISKANDAR

SK BANDAR ENDAU
SK LKTP NITAR 2, MERSING
MADRASAH HASANIAH ISLAMIAH
SMK TAN SRI ABDUL KADIR
        Jawatankuasa Musolla Al-Firdaus merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang sudi datang ke Musolla Al-Firdaus bagi Program Lawatan Penanda Aras. Semoga dengan perkongsian ilmu ini memberi impak kepada mereka yang hadir.     

SMA AL-KHAIRIAH, MERSING
PPD BENTONG, PAHANG
SK PULAU SIBU
Maaf sekiranya layanan daripada kami kurang memuaskan. 






SK SEDENAK, KULAI JAYA

Isnin, 2 Februari 2015

JOHAN SURAU IMARAH KATEGORI MUSOLLA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Alhamdulillah, Musolla Al-Firdaus telah dinobatkan sebagai Johan Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah. Anugerah ini telah disampaikan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Kementerian Pendidikan Malaysia 1436H bersamaan 26 Januari 2015 bertempat di Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Setar, Kedah.

            Majlis Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datuk Tajuddin Bin Jab, TKPPM Sektor Operasi. Musolla Al-Firdaus mula beroperasi pada Januari 2012 iaitu ketika SK Seri Pantai mendapat bangunan blog baru. Kami amat bersyukur kerana segala usaha kami akhirnya membuahkan kejayaan dengan penganugerahan sebagai Johan Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.


          Antara kejayaan yang telah diraih oleh Musolla Al-Firdaus ialah:

  1. Johan Musolla Al-Hakim Peringkat Daerah Mersing, 2012
  2. Ketiga Anugerah Musolla Al-Hakim Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor, 2012
  3. Anugerah Inovasi Pengimarahan Dan Pengurusan Musolla Al-Hakim, Peringkat Negeri Johor, 2013
  4. Johan Anugerah Pengurusan Dan Pengimarahan Musolla Al-Hakim Sekolah-Sekolah Negeri Johor,2013
  5. Saguhati (Tempat Keempat) Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Pertama,2013
  6. Johan Anugerah Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah, Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Kedua, 2014

Justeru itu saya Ustazah Rozana A'zah Abd Azib (Penyelaras Musolla Al-Firdaus) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PENGIMARAHAN MUSOLLA AL-FIRDAUS BERSAMA KOMUNITI". Harapan saya agar Musolla Al- Firdaus akan terus aktif dalam merealisasikan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid dan warga musolla. Saya juga bersedia untuk berkongsi idea dengan mana-mana sekolah yang berminat untuk mengenali Musolla Al-Firdaus.
            Akhir kata Jazakallahu Khairan Khathira diucapkan kepada warga SKSP, Pn.Sabihah Binti Sapuan (Mantan Guru Besar SKSP), Pn Azimah Md. Zin (Guru Besar SKSP), PPD Mersing, JPNJ dan semua yang terlibat dalam menjayakan Musolla Al-Firdaus. TAHNIAH...

Rabu, 31 Disember 2014

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2015

Warga Musolla Al-Firdaus mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA GURU, STAF SOKONGAN, MURID-MURID, PEKERJA SWASTA, IBU-IBU SERTA BAPA-BAPA. Semoga tahun ini memberi sesuatu yang bermakna kepada kehidupan kita semua.Aamin....Ya Rabbal Alamin...

Jumaat, 24 Oktober 2014

Selasa, 21 Oktober 2014

MOTIVASI: PEMBENTUKAN SAHSIAH GENERASI ASNAF

Tarikh : 16 Okt. 2014
Hari : Khamis
Masa : 8.30 hingga 10.00 pagi
Tempat : Musolla Al-Firdaus
Sasaran : Murid Tahun 4, 5 dan 6
Anjuran : Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Mersing.
Penceramah : Ustaz Mohd Fadzli Bin Jalil, Pegawai Khidmat Nasihat, Pejabat Kadi, Daerah Mersing.
Turut serta : Ustaz Khairul Anuar Bin Isnin, Penolong Amin Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Mersing.

Catatan : Jawatankuasa Musolla Al-Firdaus Mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pegawai-pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Mersing atas kesudian mengadakan ceramah motivasi kepada murid-murid SK Seri Pantai. Semoga ceramah ini akan memberi impak yang berkesan kepada warga SK Seri Pantai khususnya murid-murid.