Jumaat, 8 November 2013

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

Warga Kerja Musolla Al-Firdaus mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua murid, guru dan staf SK Seri Pantai. Semoga kehadiran tahun baharu ini akan memberi suntikan semangat kepada kita semua dengan azam untuk menambah baik amalan kita sebelum ini.
 
            Kita juga hendaklah bersyukur kehadrat Allah kerana tahun ini dengan rezeki yang tidak disangka-sangka berkat amalan doa duha yang telah menjadi satu budaya sekolah, maka Musolla Al-Firdaus dengan berbesar hati menerima kunjungan daripada Kementeria Pendidikan Malaysia dalam Program Pemantauan Surau Imarah KPM 2013.
Butiran program:
  • Tarikh :13 Nov 2013 (Rabu)
  • Masa  : 8.00 pg.

Khamis, 10 Oktober 2013

CERAMAH MENITI ALAM REMAJA

       Antara program yang dirancang bagi mengisi aktiviti selepas UPSR iaitu Ceramah Meniti Alam Remaja. Ceramah ini dapat membimbing murid-murid agar menghargai setiap usia yang mendatang.
        Butiran aktiviti:
  • Hari             : Khamis
  • Tarikh          : 10hb. Okt. 2013
  • Masa           : 10.30 pagi
  • Tempat        : Musolla Al-Firdaus
  • Penceramah : En. Hussien Bin Rahmat
  • Sasaran       : Murid-murid tahun 6.
     

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

          Alhamdulillah...Pada 9 hb. Okt. 2013 ( rabu ) pukul 11.30 pagi hingga 1.40 petang telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Dewan Tertutup SK Seri Pantai. Murid yang terlibat dalam program ini ialah murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Semoga program ini akan dapat menambahkan lagi ilmu kepada murid-murid. 
       Objektif program ialah:
  •  Memupuk tanggungjawab untuk mempelajari cara pengurusan jenazah kerana ia merupakan fardhu kifayah kepada setiap muslim. 
  •  Memupuk nilai-nilai murni dan sifat mahmudah.