Isnin, 2 Februari 2015

JOHAN SURAU IMARAH KATEGORI MUSOLLA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Alhamdulillah, Musolla Al-Firdaus telah dinobatkan sebagai Johan Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah. Anugerah ini telah disampaikan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Kementerian Pendidikan Malaysia 1436H bersamaan 26 Januari 2015 bertempat di Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Setar, Kedah.

            Majlis Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datuk Tajuddin Bin Jab, TKPPM Sektor Operasi. Musolla Al-Firdaus mula beroperasi pada Januari 2012 iaitu ketika SK Seri Pantai mendapat bangunan blog baru. Kami amat bersyukur kerana segala usaha kami akhirnya membuahkan kejayaan dengan penganugerahan sebagai Johan Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan.


          Antara kejayaan yang telah diraih oleh Musolla Al-Firdaus ialah:

  1. Johan Musolla Al-Hakim Peringkat Daerah Mersing, 2012
  2. Ketiga Anugerah Musolla Al-Hakim Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor, 2012
  3. Anugerah Inovasi Pengimarahan Dan Pengurusan Musolla Al-Hakim, Peringkat Negeri Johor, 2013
  4. Johan Anugerah Pengurusan Dan Pengimarahan Musolla Al-Hakim Sekolah-Sekolah Negeri Johor,2013
  5. Saguhati (Tempat Keempat) Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Pertama,2013
  6. Johan Anugerah Surau Imarah Kategori Musolla Sekolah Rendah, Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Kedua, 2014

Justeru itu saya Ustazah Rozana A'zah Abd Azib (Penyelaras Musolla Al-Firdaus) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PENGIMARAHAN MUSOLLA AL-FIRDAUS BERSAMA KOMUNITI". Harapan saya agar Musolla Al- Firdaus akan terus aktif dalam merealisasikan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid dan warga musolla. Saya juga bersedia untuk berkongsi idea dengan mana-mana sekolah yang berminat untuk mengenali Musolla Al-Firdaus.
            Akhir kata Jazakallahu Khairan Khathira diucapkan kepada warga SKSP, Pn.Sabihah Binti Sapuan (Mantan Guru Besar SKSP), Pn Azimah Md. Zin (Guru Besar SKSP), PPD Mersing, JPNJ dan semua yang terlibat dalam menjayakan Musolla Al-Firdaus. TAHNIAH...