Khamis, 10 Oktober 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

          Alhamdulillah...Pada 9 hb. Okt. 2013 ( rabu ) pukul 11.30 pagi hingga 1.40 petang telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Dewan Tertutup SK Seri Pantai. Murid yang terlibat dalam program ini ialah murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Semoga program ini akan dapat menambahkan lagi ilmu kepada murid-murid. 
       Objektif program ialah:
  •  Memupuk tanggungjawab untuk mempelajari cara pengurusan jenazah kerana ia merupakan fardhu kifayah kepada setiap muslim. 
  •  Memupuk nilai-nilai murni dan sifat mahmudah.












Selasa, 1 Oktober 2013

SELAMAT DATANG KE MUSOLLA AL-FIRDAUS

Gambak kenangan ketika pemantauan Surau Imarah KPM pada 5 Sept 2013
 Warga Kerja Musolla Al-Firdaus mengalu-alukan kehadiran Ustaz Yazid, Ketua Sektor ( Sektor Pendidikan Islam)  bersama Ustaz Mohd Najib, Ustaz Mahmud, dan Ustaz Abd Ranee ke Musolla Al-Firdaus sempena Lawatan Kunjung Bantu, Anugerah Surau Imarah, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013 pada:
  • Tarikh : 2 Okt. 2013
  • Hari    : Rabu
  • Masa  : 9.30 pagi.
       Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Allah jua yang membalas segala kebaikan hambanya. " Musollaku Syurgaku ".

Jumaat, 20 September 2013

SOLAT HAJAT IBUBAPA DAN GURU

Assalamualaikum...buat pembaca budiman. Warga musolla mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibubapa dan guru-guru yang terlibat dengan program solat hajat di Musolla Al-Firdaus ketika berlangsungnya UPSR. Sesungguhnya program ini adalah kesinambungan daripada tahun lepas.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

  • Solat hajat/Solat Duha 
  • Bacaan Yaasin
  • Bacaan Surah Al-Insyirah
  • Zikir-zikir.

Semoga amalan yang kita laksanakan ini akan menjanjikan kejayaan buat anak-anak kita di dunia dan di akhirat. Amin...