Selasa, 9 Julai 2013

AKTIVITI IHYA' RAMADHAN



Salam Ramadhan Karim...Salam Ramadhan al-Mubarak.
   Warga Musolla al-Firdaus mengucapkan selamat berpuasa. Dalam kita mengamalkan ibadah rukun Islam yang merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, pelbagai program telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dan Biro Dakwah antaranya:

  • Tadarus al-Quran oleh murid Tahun 4K, 5K dan 6K pada setiap hari Isnin hingga Rabu di Musolla 
  • Bacaan Surah Lazim dan terjemahan pada waktu rehat oleh semua murid setiap hari Isnin hingga Khamis
  • Tadarus al-Quran oleh setiap guru mengikut juzuk yang telah diamanahkan
  • Dan dimurnikan lagi dengan program-program yang telah menjadi rutin harian.
   Selamat berpuasa.

Isnin, 1 Julai 2013

SALAM RAMADHAN










 WARGA KERJA MUSOLLA 
AL-FIRDAUS MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN KEPADA WARGA SK SERI PANTAI. 

NANTIKAN PELBAGAI PROGRAM DARIPADA KAMI YANG AKAN MENYEMARAKKAN LAGI RAMADHAN ANDA...


Sabtu, 22 Jun 2013

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL

" Majlis Yasin Dan Tahlil " merupakan satu program yang telah diagendakan dan telah dimasukkan dalam jadual P&P sebagai salah satu budaya sekolah. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Jumaat, jam 7.20 hingga 7.50 pagi.
Aturcara aktiviti adalah seperti berikut:

  • Bacaan al-Fatihah
  • Bacaan surah Yasin
  • Tahlil dan doa
  • Tazkirah

Aktiviti ini bertujuan memupuk nilai-nilai kerohanian dalam diri murid-murid dengan santapan rohani yang secukupnya.

Isnin, 17 Jun 2013

CERAMAH ISRA' MIKRAJ

Pada hari jumaat 14hb. Jun 2013 M bersamaan 4 Syaaban 1434 H telah diadakan Ceramah Isra' Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustazah Norul Aini Binti Yusoff. Walaupun agak terlewat kerana tarikh Isra' Mikraj jatuh pada hari cuti persekolahan Semester Pertama, namun begitu kami telah berjaya melaksanakan program ini. Ia bertujuan memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sejarah islam, mempercayai kekuasaan dan kebesaran Allah disamping melahirkan murid-murid yang mengutamakan solat lima waktu.


Ahad, 26 Mei 2013

BENGKEL ANUGERAH SURAU LIMA BINTANG SEKOLAH-SEKOLAH KPM 2013

Assalamualaikum.
   Ke arah merealisasikan pengimarahan Musolla dan Surau Negeri Johor, satu bengkel telah diadakan pada
Tarikh : 21-22 Mei 2013
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ)
Sasaran : Juara-Juara Musollah Dan Surau Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2009-2012
Catatan : Musollah Al-Firdaus SK Seri Pantai, Mersing turut menyertai bengkel yang penuh bermakna ini. Semoga pertemuan kami dengan juara-juara Musolla dan Surau merupakan satu perkongsian idea yang baik bagi memantapkan lagi "Pengimarahan Musolla/ Surau sekolah masing-masing dan seterusnya akan menjadi dorongan kepada Musolla/ Surau yang lain. Ucapan terima kasih kepada JPNJ khususnya Ustaz Najib SPI JPNJ atas sentuhan ilmu dalam bengkel yang telah kami sertai. Jazakallahu Khairan Khathira.
LAWATAN PENANDA ARAS DI SMK(P) SULTAN IBRAHIM, JB SELAKU JOHAN SURAU 2012




Selasa, 19 Mac 2013

KETIGA PENGIMARAHAN MUSOLLA NEGERI JOHOR

 
     Assalamualaikum.
     Warga Kerja Musolla Al-Firdaus mengucapkan syabas kepada Ahli Jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Pengimarahan Musolla Al-Firdaus.
      Semoga Allah jua yang membalas setiap kebaikan hambanya.... Amin..

Anugerah Musolla Al-Hakim di Dewan Seminar, JPNJ.

Jumaat, 8 Februari 2013

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT WARGA SKSP

Salam buat Warga SKSP. Sempena Sambutan Maulidur Rasul , akan diadakan satu Pertandingan Khat Anjuran Bersama Panitia Pendidikan Islam Dan Kelas Pemulihan Khas. Diharap murid-murid akan turut serta dalam pertandingan yang akan diadakan. Selamat mencuba.