VISI
Musolla Al-Firdaus SK Seri Pantai, Sebagai Pusat Ilmu Dalam Membina Modal Insan Berkualiti Dunia Akhirat.
MISI
Musolla Al-Firdaus SK Seri Pantai, Merealisasikan Fungsi Musolla Sebagai Pelengkap Pembelajaran Dan Memupuk Nurani Menuju Keredhaan Ilahi.
MATLAMAT
Matlamat Musolla Al-Firdaus untuk melahirkan muslim yang berilmu, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara.
OBJEKTIF
- Mengimarahkan musolla dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
- Melaksanakan pengurusan musolla dengan efisyen dan sistematik.
- Memupuk minat dan sikap murid bagi memanfaatkan musolla sebagai pusat kegiatan ilmu dan ibadah.
- Membantu murid menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.
- Mewujudkan musolla mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan insan.
PIAGAM PELANGGAN
Pihak pengurusan Musolla Al-Firdaus beriltizam untuk menjadikan Musolla sebagai:- Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
- Musolla mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
- Memastikan musolla sebagai satu tempat ibadah yang kondusif dan selesa.
- Memastikan semua murid muslim memperolehi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang sempurna.
- Memaksimumkan penggunaan musolla untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh murid-murid dalam membina modal insan yang sempurna.
ERTI AL-FIRDAUS
- A: Al-Quran dan As-Sunnah jadi panduan.
- L: Lahirkan warga SKSP yang soleh.
- F: Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah jadikan pegangan.
- I: Ilmu asas kehidupan.
- R: Redha dengan ketentuan Ilahi.
- D: Dorongan dan tunjuk ajar menjadi prinsip.
- A: Amalan terpuji jadi ikutan.
- U: Usaha tangga kejayaan.
- S: Silaturrahim diamalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan