Khamis, 10 Oktober 2013

CERAMAH MENITI ALAM REMAJA

       Antara program yang dirancang bagi mengisi aktiviti selepas UPSR iaitu Ceramah Meniti Alam Remaja. Ceramah ini dapat membimbing murid-murid agar menghargai setiap usia yang mendatang.
        Butiran aktiviti:
  • Hari             : Khamis
  • Tarikh          : 10hb. Okt. 2013
  • Masa           : 10.30 pagi
  • Tempat        : Musolla Al-Firdaus
  • Penceramah : En. Hussien Bin Rahmat
  • Sasaran       : Murid-murid tahun 6.
     

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

          Alhamdulillah...Pada 9 hb. Okt. 2013 ( rabu ) pukul 11.30 pagi hingga 1.40 petang telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Dewan Tertutup SK Seri Pantai. Murid yang terlibat dalam program ini ialah murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Semoga program ini akan dapat menambahkan lagi ilmu kepada murid-murid. 
       Objektif program ialah:
  •  Memupuk tanggungjawab untuk mempelajari cara pengurusan jenazah kerana ia merupakan fardhu kifayah kepada setiap muslim. 
  •  Memupuk nilai-nilai murni dan sifat mahmudah.