Isnin, 29 Julai 2013

Majlis Khatam Al-Quran

   Salam Ramadhan Karim....
  Ahli Jawatankuasa musolla mengalu-alukan kehadiran warga SK Seri Pantai ke Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
"Rakan Firdaus" sedang membuat latihan persembahan nasyid 

  • Hari      : Khamis
  • Tarikh   : 1 Ogos 2013
  • Tempat : Dewan Tertutup SK Seri Pantai
  • Masa    : 9.50 - 1.10
  • Sasaran : Warga SK Seri Pantai


Aturcara majlis :

  • Bacaan Doa
  • Ucapan Guru Besar
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Persembahan nasyid
  • Penyampaian hadiah dan sumbangan untuk anak yatim

Rabu, 24 Julai 2013

MAJLIS TA'LIM

        Bermula pada 27 Jun 2013, Musolla Al-Firdaus telah membina satu inovasi pengimarahan musolla iaitu dengan menterjemahkan Majlis Ta'lim untuk guru-guru dan staf SK Seri Pantai selepas solat Zohor berjemaah. Sebelum ini Majlis Ta'lim di buat pada hari Khamis dan kini telah ditukar pada hari Selasa iaitu hari di mana guru-guru terlibat dengan mesyuarat sekolah.
   Antara pengisian program ialah:

  • Solat Zohor Berjemaah
  • Tahlil Ringkad Dan Doa Selepas Sembahyang
  • Majlis Ta'lim oleh guru-guru lelaki mengikut jadual yang disediakan
  • Bersalam-salaman dan bersurai

     Warga musolla mengharapkan agar majlis ini mendapat keberkatan Allah. Amin...



Ahad, 14 Julai 2013

AKTIVITI USRAH


                    Dalam kesibukkan menjalankan aktiviti sempena Ihya' Ramadhan, aktiviti usrah tetap diteruskan. Ia bertujuan memupuk nilai-nilai kerohanian dalam diri murid-murid dan mendekatkan diri kepada Allah disamping dapat melahirkan nilai kekeluargaan yang sangat rapat antara guru dengan murid.


        Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Jumaat Minggu Kedua jam 12.10 hingga 12.30. Ia melibatkan murid tahun 5 dan 6 yang tinggal berhampiran dengan sekolah atau kepada sesiapa sahaja yang berminat. Walaupun bilangan ahli usrah kami tidak ramai, namun ia memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid ini. Di sini murid-murid lebih terbuka untuk bercerita dengan naqimah mereka yang terdiri daripada ustazah-ustazah SK Seri Pantai.
        Harapan kami warga Musolla agar ramai lagi yang berminat untuk    mengikuti aktiviti ini.

Selasa, 9 Julai 2013

AKTIVITI IHYA' RAMADHAN



Salam Ramadhan Karim...Salam Ramadhan al-Mubarak.
   Warga Musolla al-Firdaus mengucapkan selamat berpuasa. Dalam kita mengamalkan ibadah rukun Islam yang merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, pelbagai program telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam dan Biro Dakwah antaranya:

  • Tadarus al-Quran oleh murid Tahun 4K, 5K dan 6K pada setiap hari Isnin hingga Rabu di Musolla 
  • Bacaan Surah Lazim dan terjemahan pada waktu rehat oleh semua murid setiap hari Isnin hingga Khamis
  • Tadarus al-Quran oleh setiap guru mengikut juzuk yang telah diamanahkan
  • Dan dimurnikan lagi dengan program-program yang telah menjadi rutin harian.
   Selamat berpuasa.

Isnin, 1 Julai 2013

SALAM RAMADHAN










 WARGA KERJA MUSOLLA 
AL-FIRDAUS MENGUCAPKAN SALAM RAMADHAN KEPADA WARGA SK SERI PANTAI. 

NANTIKAN PELBAGAI PROGRAM DARIPADA KAMI YANG AKAN MENYEMARAKKAN LAGI RAMADHAN ANDA...