Rabu, 26 September 2012

MAHRAJAN j-QAF

      Alhamdulillah Majlis Khatam al-Quran dan Mahrajan j-QAF telahpun dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 20 September 2012 yang lalu di SK Seri Pantai.
      Pelbagai acara telah diadakan sepanjang Majlis ini. antaranya Tadarrus Al-Quran, Khatam Al-Quran, Dikir Barat, Kalam Jama'ei, dan Tilawah Al-Quran. Terima kasih dirakamkan kepada Jawatankuasa Induk, Urusetia, Jawatankuasa Kerja dan tuan rumah iaitu SK Seri Pantai serta warganya bertungkus-lumus menjayakan program ini.
      Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada mereka yang kurang menyerlah kerana berani mencuba. Semoga pihak jawatankuasa terutama PPD berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh  warga SKSP sepanjang menjayakan program ini.

Jumaat, 21 September 2012

SAMBUTAN HARI RAYA

      Selesai sahaja Peperiksaan UPSR, Sekolah Kebangsaan Seri Pantai telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Panitia Pendidikan Islam pada 14 Sept. 2012 ( Jumaat ). 
      Pengisian Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin, Tazkirah dan latihan marhaban di Tapak Perhimpunan. Pada pukul 8.00 pagi murid-murid membuat persiapan di kelas masing-masing. Rombongan marhaban mula bergerak pada jam 9.00 pagi. Kelas pertama yang dikunjungi ialah kelas Pra Cemerlang/Gemilang, diikuti kelas Tahun 1,2,3, kelas Tahun 4, kelas Tahun 5 dan kelas tahun 6. Majlis berakhir pada jam 11.40 sebagaimana yang telah dirancangkan. Majlis diakhiri dengan aktiviti gotong-royong mengemas seperti sedia kala. Murid-murid balik pada pukul 12.10 tengah hari. 
Nilai yang kami perolehi dalam majlis ini ialah sifat gotong-royong dan bantu-membantu antara guru,murid, staf sokongan dan pekerja swasta. Selain kasih-sayang, hormat-menghormati antara satu sama lain dapat dilihat menerusi majlis ini. Semoga silaturrahim antara kami warga SKSP akan berterusan. Amin......
Catatan oleh : Rozana A'zah..

Ahad, 9 September 2012

Solat Hajat Dan Bacaan Yaasin

SALAM BUAT MURID-MURID YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2012. " BUAT SEHABIS BAIK ".
         Sepanjang murid-murid menduduki peperiksaan UPSR iaitu 11 Sept.( Selasa ) hingga 13 Sept. (khamis) 2012 Warga Kerja Musolla Al-Firdaus akan mengadakan Solat Hajat Dan Bacaan Yaasin. Ibubapa murid-murid UPSR yang mempunyai kelapangan dijemput untuk turut serta dalam majlis ini. Majlis akan dimulakan pada pukul 8.00 pagi iaitu ketika murid berada di dewan peperiksaan. Semoga usaha yang kita laksanakan ini akan mendapat ganjaran daripada Allah. Amin. Semoga SKSP mengorak langkah dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka.

AKTIVITI QIAMULLAIL

Sempena Program Pecutan F1 UPSR 2012, Warga Kerja Musolla Al-Firdaus di bawah Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Aktiviti Qiamullail untuk murid-murid, dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah memohon agar diperkenankan segala hajat.
      Tarikh : 9 Sept. 2012
      Masa  : 4.00 pagi  - Persiapan diri
                  4.30 pagi  - Berkumpul di Musolla Al- Firdaus
                  4.35 pagi  - Zikir dan taklimat Qiamullail
                  4.40 pagi  - Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Istikharah,
                                     Solat Sunat Hajat  dan ditutup dengan solat Sunat Witir 3 rakaat dengan dua salam.
                  5.43 pagi  - Solat Subuh
      Imam  : En.Mohd. Fairuz Bin Mahmud.


Rabu, 5 September 2012

SOLAT HAJAT PERDANA PERINGKAT NEGERI JOHOR

Assalamualaikum..
Kepada ibubapa dan murid-murid tahun 6 ,SK. Seri Pantai.Majlis Solat Hajat Perdana Sempena UPSR akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh   : 6 Sept. 2012
Hari      : Khamis
Masa    : 7.00 petang hingga 9.00 malam
Tempat : Masjid Jamek Dato' Ghulam,Kampung Sri Pantai.
Agenda: -Solat Maghrib berjemaah
              -Solat Hajat
              -Bacaan Yaasin
              -Solat Isyak
              -Bersurai
Catatan : Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk bersama-sama hadir dalam majlis ini. Semoga kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan akan diberi ganjaran yang setimpal daripada Allah demi kejayaan anak-anak.Amin.
Pencatat : Ustazah Rozana A'zah Abd. Azib.